Navigation : Home | Aseffam | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

// Nǚhái yùjīnxiāng.



11 January 2015 | 12:59 pm | 1 Marshmallows

Sedekit perkongsian ..


~Temuilah ayah saya~

Aku : saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi).

Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, 
bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

-La illa ha'illah-
Assalamualaikum Sahabat 


1 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... 11 January 2015 at 22:10

"Perempuan yg baik ialah perempuan yg garang dgn ajnabi"

Post a Comment

Nak COMMENT ? Nak KUTUK ? Nak NASIHAT ? Nak TEGUR ? Silakan Wahai Saudara ku (':