22 June 2014 | 3:16 am | 1 Marshmallows

Sekiranya aku bertanya pada korang , Apakah matlamat hidup korang
Apakah yang korang akan jawap ? Aku tak maksudkan dengan PERKERJAAN , KEHIDUPAN SEHARIAN , ataupun matlamat jangka panjang korang ..
Tetapi aku bertanya tengtang TUJUAN SEBENAR kita berada di dunia ini ..
Mungkin ada di kalangan kita nii yang tak percaya ..
Kita benar2 dilahirkan di dunia ini dengan tujuan yang tertentu ..
Ia bukan satu masaalah , However, although we do not believe it
It does not mean that truth can not be revealed and sought
Kita hanya perlu tulus dalam mencari maksud kehidupan
Kenal LELAKI nii ? Tentu kan ?
Burse Lee adalah tokoh seni mempertahankan diri
Pada suatu hari seorang lelaki bertemu denganya , lalu berkata
"Ajarkan aku semua ilmu mempertahankan diri yang ada padamu kepadaku"
Lalu Bruce Lee mengambil dua bekas yang berisi cecair dan berkata
"Bekas yang pertama mewakili ilmu yang ada pada diriku , Dan bekas kedua mewakili ilmu yang ada pada dirimu . Sekiranya kamu mahu memenuhi bekas kamu ini dengan semua ilmu ku , Maka pekara pertama yang perlu kamu lakukan ialah kamu perlu mengosongkan bekas kamu sebelum ilmu yang lain di isi"
Pekara yang ana ingin sampaikan melalaui cerita ini adalah
Sebelum kita bertanya "Apakah tujuan hidupku" Kepada diri sendiri
Pekara pertama yang kita perlu lakukan adalah mengosongkan minda
Dan hati kita dari bersangka buruk dan berfikiran negetif tengtang tujuan hidup kita
Contohnya
"Aku hidup tanpa tujuan" " Aku dihidupkan bagi menikmati segala kenikmatan dunia" "Mungkin aku hidup bagi membayar semula hutang kehidupan aku yang lepas"
Pleaseeeeeeeeeeee Remove this bad think from you mind .. NOW !
Dah ? Bagus
Bila mind dah fresh boleh lah kita fikir
"Betul ke ? kita hidup ada tujuan ?" "Dan apakah tujuan itu ?"
HANYA 20 MINIT
STEVE PAVLINA adalah penulis blog warga AMERIKA yang berjaya .
Steve berjaya menarik berjuta juta pembaca blognya tanpa mempromosikanya sepanjang beliau menulis blog .. KLIK SINII untuk lihat blog diya
Dalam artikalnya yang bertajuk 'How to discover your life purpose in about two minute'
Beliau mencadangkan beberapa cara yang praktikal yang dijalankan bagi mengenal pasti Tujuan hidup kita hanya dalam masa "20 MINIT"
Tips yang Steve Berikan
Rujuk Pada Gambar
Menurut Steve , Kita sudah berjaya jujur kepada diri kita selepas kita berjaya menangis dan meruntuhkan ego kita . Oleh itu melalui kaedah ini kita sebenarnya hanya perlu jujur
dalam mencari maksud kehidupan kita ini .
Satu pekara yang menarik tengtang STEVE adalah beliau mula menyedari erti hidupnya
semasa dalam penjara dan pada masa tu beliau berusia 19 TAHUN !
Steve juga dibuang sekolah kerana pekara itu . Oleh itu tiada sebab bagi menyatakan kita tidak layak menerima makna kehidupan sebenarnya ..
Cuba sekarang dan kenal pasti rahsia sebenar kejadian anda sebagai manusia .
Rahsia Kejadian Menurut Islam
Bagi umat islam , Kita percaya ALLAH mencipta manusia dengan tujuan tertentu
Seperti mana firman ALLAH
"Maka apakah kau mengira , Bahawa sesungguhnya kami
Menciptakan kamu secara main main (saja) , Dan bahawa Kamu tidak akan dikembalikan kepada kami ?" Surah Al Mukminun (Ayat ke 115)
Ini menunjukkan penciptaan manusia dirancang oleh ALLAH terlebih dahulu
Allah sudah mengetahui motif sebenar penciptaan makhluk yang bergelar manusia ini .
Lalu apakah motif itu ?
Jawapanya ialah beribadah kepada ALLAH .
Dimana buktinya ?
Buktinya ada di dalam al quran itu sendiri
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Melainkan untuk beribadah kepadaku" Surah Az Zariyat (Ayat ke 56)
Beribadah kepada ALLAH maksudnya ialah tunduk dan patuh kepada semua perintah ALLAH dan ibadah itu meliputi ucapan ataupun perbuatan . Sama ada zahir ataupun batin
Ini bermakna , Setiap pekara yang kita lakukan kerana ALLAH adalah ibadah .
Sebenarnya ibadah bukan sahaja mencakupi Ibadat , Solat , Zakat , Puasa dan haji saja
Tetapi ia meliputi seluruh kehidupan kita .
Sebagai Contoh
"Ali pergi ke sekolah dengan niat belajar bersungguh - sungguh dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin . Ali juga berdoa agar ALLAH merahmati proses beliau"
Contoh di atas mudah untuk ana katakan setiap perbuatan kita dapat menjadi ibadah Apabila kita niatkan kerana ALLAH .. Inilah yang di maksudkan dengan
HIDUP ADALAH PELUANG"Allah menciptakan manusia bagi beribadah kepada ALLAH"
Ada orang berpendapat , Kehidupan itu peluang keemasan
Jadi , medan keemasan ini perlu diisi dengan pelbagai usaha bagi mengali segala emas yang terdapat di tanahnya
Bagi ana kehidupan itu peluang . Mengapa peluang ? sebabnya di dalam kehidupan kita semua ini masih terdapat pelbagai peluang yang belum kita terokai ..
Antaranya ialah peluang berikut
"Bersujud kepada ALLAH"
"Berbuat baik"
"Mengajak manusia ke arah kebaikan"
Apabila peluang yang ternanti nanti ini tidak diambil dan tidak direbut ..
Maka peluang itu akan di biarkan pergi begitu sahaja . apabila kita mati
Sebagai contoh .. Hari nii kita diberikan kesihatan yang baik kita mudah dan bebas buat apa je yg kita nak . yetak ?
Berlari ke sana ke sini . dari rumah ke masjid tak pun pergi kedai mamak curi wifi . HEHE
tapi esok ? belum tentu kita akan diberikan kesihatan yang sama macam semalam ..
Oleh itu , kite kene bersyuur dengan anugerah kesihatan yang baik dari allah s.w.t ^_^
Nabi Muhammad S.A.W pernah menyatakan Rebut lima pekara sebelum datangnya lima pekara ..
Apa lima pekara tersebut ?
1. SIHAT sebelum SAKIT2. MUDA sebelum TUA3. KAYA sebelum MISKIN4. LAPANG sebelum SEMPIT5. HIDUP sebelum MATI
So now ? Dah dapat ? ape tujuan korang hidup ?

Alhamdulillah ..

Semoga kita sentiasa di rahmati allah .. Aamiin !!

-La illa ha'illah-
Assalamualaikum Sahabat
1 Comments posted :
Mashallah ukhti! i've been searching for this entry for 7 months.. finally i found.. did you delete this entry before this?
Post a Comment
Nak COMMENT ? Nak KUTUK ? Nak NASIHAT ? Nak TEGUR ? Silakan Wahai Saudara ku (':