14 June 2014 | 2:44 pm | 0 Marshmallows

20 pekara yang nabi larang // atau makruh dibuat ..
1 . Jangan lewatkan solat dengan SENGAJA .. Allah tak suka 

2 . Jangan masuk bilik air tanpa ada alas kaki / selipar ..
Dikhuatiri membawa najis2 syaitan ke seluruh rumah .. *Beli selipar JEPUN pun jadi 

3 . Jangan minum / makan dalam bekas yg pecah / sumbing .
Makruh kerana ia membahayakan ..
4 . Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tidak berbasuh . Makruh dan mewarisi kepapaan ..
5 . Jangan tidur selepas solat subuh .. Nanti rezeki mahal *Berpagi-pagi itu membuka pintu berkat*
6 . Jangan makan tanpa membaca 'بسم الله الرحمن الرحيم' atau doa makan , kerana takut
ianya adalah makanan daripada muntah syaitan *بسم الله pun dah memadai*
7 . Jangan keluar rumah tanpa niat kebajikan @ kebaikan .. Takut2 nanti MATI di dalam perjalanan . NAUZUBILLAH
8 . Jangan pakai kasut atau selipar berlainan pasangan .. Makruh dan mewarisi kepapaan
9 . Jangan biar mata berkeliaran semasa berjalan . Takut nanti hati gelap berselitupi
dengan dosa .. NAUZUBILLAH
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 . Jangan menangguhkan taubat apabila membuat dosa .
Kerana mati boleh berlaku pada bila bila masa sahaja ..
12 . Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah
13 . Jangan mengumpat sesama rakan taulan . Nanti rosak silaturahim
14 . Jangan lupa hanya bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T dalam setiap kerja kita ..
Nanti sombong bila berjaya . Kecewa pula bila gagal
15 . Jangan bakhil untuk bersedekah.
Bersedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita .. INSYALLAH
16 . Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa ..
17 . Jangan biasakan berbohong . kerana itu ciri2 munafik dan menghilangkan
kasih syg orang kepada kita ..
18 . Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan .
Kerana doa makhluk yang terianaya allah cepat makbulkan ..
19 . Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia . Akhirat tu lebih utama dan kekal selamanya .
Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 . Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 . Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 . Jangan lupa membaca 'بسم الله الرحمن الرحيم' dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama .
23 . Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 . Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui ..
Semoga bermanfaat ye korang
Nak copy silakan copy .. Tanpa perlu credit credit bagai .
Ilmu yg disampaikan ialan ilmu dari ALLAH
Nak copy silakan copy .. Tanpa perlu credit credit bagai .
Ilmu yg disampaikan ialan ilmu dari ALLAH
Asalamualaikum Tak Jawap Dosa Kalau Jawap Sayang
0 Comments posted :
Post a Comment
Nak COMMENT ? Nak KUTUK ? Nak NASIHAT ? Nak TEGUR ? Silakan Wahai Saudara ku (':