08 May 2014 | 1:03 pm | 2 Marshmallows

Apabila ditegur bab aurat , ramai wanita yang melahirkan rasa tidak puas hati . Kenapa semua orang
asyik menegur aurat kaum mereka sahaja ? Kenapa tidak menegur aurat lelaki ? Mereka merasakan
itu tidak adil kerana seolah-olah mereka sahaja yang wajib menutup aurat . Sedangkan lelaki ada juga
yang tidak menutup aurat .
Nak tahu kenapa ? :)
--------------------------------------------------------------------------
Ini kerana
--------------------------------------------------------------------------
1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.
--------------------------------------------------------------------------
Dalil khusus mengenai perempuan lebih byk ditekankan dlm Al-Quran dan hadis Nabi berbanding
aurat lelaki. Pendapat 4 mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat.
--------------------------------------------------------------------------
2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
--------------------------------------------------------------------------
Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yg bertudung pun belum tentu menutup auratnya dgn sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-
benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.
--------------------------------------------------------------------------
3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.
--------------------------------------------------------------------------
Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amt dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.
--------------------------------------------------------------------------
Muhasabah diri ..
Asalamualaikum Tak Jawab Dosa Kalau Jawab Sayang :)
2 Comments posted :
Hehe alhamdulillah bemanfaat .. walaupun ana akhi terasa sikit dengan entry nii hehe .. semoga bermanfaat juga untuk akhi2 sekalian .. mohon share ye ukhti ?
hehe :) asif jiddan ya kalau terasa .. takdak niat pun nak buat org terasa :/ Insyallah semoga di manfaat kan dengan baik ya .. tafadal ya akhi :)
Post a Comment
Nak COMMENT ? Nak KUTUK ? Nak NASIHAT ? Nak TEGUR ? Silakan Wahai Saudara ku (':