12 May 2014 | 9:36 pm | 1 Marshmallows

Apa itu Haidh ? atau erti kata lain pirod dan uzur
atau dalam erti kata lain juga DATANG BULAN :)
- Haid adalah darah yang keluar dari faraj perempuan dalam keadaan yang sihat .
Bagaimana ingin tahu seorang perempuan itu sudah HAIDH ?
- Apabila seseorang perempuan itu keluar darah pada umur 9 tahun taqriban mengikut tahun hijri
Apa maksud 9 Taqriban ?
- Maksudnya hampir2 9 tahun umurnya iaitu 15 hari hendak sempurna umur 9 tahun mengikut bulan islam
Berapa Jenis Darah Haidh ?
- Darah Haidh ada 5 iaitu
- 1) al-aswad -hitam ( hitam kehitaman)
- 2) al ahmar - merah
- 3) al ashqar - pink
- 4) al asfar - coklat ( coklat yang bercampur merah )
- 5) al-akdar - warna tanah tetapi masih bercampur warna merah
Sekurang2 haid berapa hari?
- Sehari semalam IAITU 24 JAM (Pada Hari Pertama)
Sebanyak2 haid berapa hari ?
- 15 hari 15 malam
Kebiasaan Haidh Berapa Hari ?
- Satu minggu (7 Hari)
Jika darah haid keluar kurang daripada 24 jam bagaimana ?
- itu bukan darah haid( itu darah fasad iaitu darah rosak)
- Untuk tahu lebih lanjut apa itu darah fasad boleh rujuk d Sini
Jika darah masih keluar walaupun setelah 15 hari bagaimana?
- itu bukan darah haid, itu adalah darah istihadah ( darah penyakit )
Bagaimana ingin tahu darah haid sudah berhenti atau tidak ?
- caranya adalah dengan mengambil kapas dan masukkan dalam tempat yang keluar darah tersebut . Sekiranya masih ada darah lagi.. bermakna masih dalam keadaan haid
Wallahu ' Alam :) Semoga Bermanfaat Ya Akhawat Semua :)
Asalamualaikum Tak Jawab Dosa Kalau Jawab Sayang :)
1 Comments posted :
Thankiu kak ! mntk copy keyh
Post a Comment
Nak COMMENT ? Nak KUTUK ? Nak NASIHAT ? Nak TEGUR ? Silakan Wahai Saudara ku (':