Navigation : Home | Aseffam | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

// Nǚhái yùjīnxiāng.



26 April 2014 | 7:57 am | 2 Marshmallows
BERSYUKUR bermaksud
berTERIMA KASIH di atas nikmat yang ALLAh
berikan kepada KITA  .
Nikmat yang dimaksudkan di sini terlalu LUAS ertinya .
Secara keseluruhan , apa yang ALLAH berikan kepada hamba-NYA
di dunia adalah nikmat belaka .
Di antara nikmat yang kita perolehi ialah
KESIHATAN ,
KEMEWAHAN ,
REZEKI
dan
KEBAHAGIAAN .
Manakala nikmat yang terbesar ialah
 IMAN dan ISLAM
^_^
Allahu Alhamdulillah

Tanda tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila
dia GEMBIRA dengan nikmat tersebut dan
melipat gandakan amal ibadat serta mendekatkan diri kepada ALLAH ,
Juga sentiasa mengucap SYUKUR dan memuji - muji keagungan-NYA
di samping mengigati-NYA
meskipun ketika beroleh nikmat kecil ..

Orang yang bersyukur ,
jiwanya bersih .
Bertambah dekat kepada ALLAH
dan semakin sedar nikmat yang dikurniakan itu perlu digunakan untuk
kebaikan sesama manusia .
ALLAH telah berjanji akan memberikan
NIKMAT tidak terhingga kepada mereka
yang bersyukur dan akan memberikan
balasan bagi yang sebaliknya ..
NAUZBILLAH MINZALIK !

Bayangkanlah jika RASULULLAH S.A.W
sendiri pernah menitiskan air mata apabila mengenangkan
 kejadian alam yang terbentang luas ini  ketika menunaikan SOLAT ! ,
Apatah lagi kita sebagai insan biasa .
Perbuatan RASULULLAH S.A.W ini dilihat oleh isterinya AISYAH R.A ,
Lantas dia bertanya kepada baginda ,
 "Wahai RASULULLAH , apakah yang menyebab kan engkau menangis
sedangkan ALLAH telah mengampunkan dosa - dosamu yang
LALU dan TERKEMUDIAN ?"

RAsulullah S.A.W kemudian menjawab
"Adakah aku ini bukan seorang hamba yang bersyukur ?
Mengapa aku tidak berbuat demikian sedangkan
ALLAH telah memberikan banyak nikmat kepadaku ?"
Sehubungan itu terdapat cara untuk kita menyatakan SYUKUR kepada ALLAH ..

Pertama :
Sentiasa berdoa atau memuji
ALLAH dalam setiap perbuatan dan tindakan .
 Misalnya ketika bangun daripada tidur ,
sebelum dan selepas makan ,
menaiki kenderaan dan sebagainya .

Kedua ;
Disunatkan melakukan sujud syukur apabila mendapat
kejayaan ,
kemenangan dan
seumpanya .
Doa sujud syukur ialah ,
 "Aku sujudkan wajahku ini kepada yang Menciptakan dan Membentuk rupanya dan yang maha Membuka Pendengaranya dan Penglihatanya , Maha suci ALLAH Sebaik - Baik pencipta."


Ini Jee Yang aku nak kongsikan .. semoga bermanfaat ya 
Asalamualaikum Kalau Tak Jawab Dosa Kalau Jawab Sayang :)


2 Comments posted :

Anonymous Kaisarah said... 23 December 2014 at 08:56

Mohon copy..

Anonymous Anonymous said... 23 December 2014 at 08:57

Debaekk !

Post a Comment

Nak COMMENT ? Nak KUTUK ? Nak NASIHAT ? Nak TEGUR ? Silakan Wahai Saudara ku (':